32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

JAKIM laksana kutipan derma bantu mangsa gempa bumi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAGI membantu mangsa gempa bumi di Turkiey dan Syria, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melaksanakan kutipan derma di masjid di bawah seliaan JAKIM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, berkata kutipan itu akan diadakan setiap Jumaat selama tiga minggu berturut-turut bermula esok.

Beliau berkata, kutipan itu akan diadakan di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

“Manakala Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan melaksanakan kutipan derma di masjid serta surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, sumbangan umat Islam ini akan disalurkan kepada tabung rasmi yang diuruskan oleh Kerajaan Malaysia untuk disalurkan bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Baca juga:   SK Taman Bukit Indah diiktiraf anugerah global Microsoft

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengesyorkan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri untuk turut mengadakan kutipan derma dan sumbangan menerusi masjid di seluruh negara bagi tujuan ini.

“Semoga sumbangan kecil kita semua ini akan dapat membantu urusan menyelamat dan meringankan beban mangsa yang kini sedang berhadapan ujian besar,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Guan Eng saman fitnah Muhyiddin, isu cukai Yayasan Albukhary

Pengerusi DAP, Lim Guang memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan beliau dikaitkan membatal...

Lagi Artikel Berkaitan