34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Kadar PLKS kru nelayan asing dikurang kepada RM320

MAFS melalui DOF mengunjurkan keperluan kru nelayan asing bagi tahun 2023 suku pertama di Semenanjung Malaysia adalah sekitar 17,486 orang.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KADAR bayaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi kru nelayan asing dikurangkan kepada RM320 seorang untuk sektor pertanian bagi tempoh enam bulan pertama berbanding RM1,850 seorang setahun bagi sektor perkhidmatan sebelum ini.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menerusi kenyataan berkata, ia adalah kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk membantu pengusaha vesel perikanan tempatan dalam pelaksanaan PLKS kru nelayan asing.

“Selain itu, kelayakan had umur nelayan asing turut ditetapkan sehingga 60 tahun bagi permohonan pertama kali masuk ke dalam negara.

“Pengecualian ini diberi khusus kepada sektor perikanan tangkapan,” katanya di sini.

Kenyataan itu turut menyebut, MAFS melalui DOF mengunjurkan keperluan kru nelayan asing bagi tahun 2023 suku pertama di Semenanjung Malaysia adalah sekitar 17,486 orang.

“Sehingga kini, seramai 10,063 orang kru nelayan asing telah lulus PLKS.

“Secara keseluruhan, keperluan kru nelayan asing di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan adalah seramai 24,549 orang.

“Kelulusan penggajian nelayan asing adalah tertakluk kepada Seksyen 60K, Akta Kerja 1955,” katanya.

Dalam pada itu, DOF berkata, pihaknya giat berusaha untuk meningkatkan penyertaan pekerja tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam sektor perikanan tangkapan melalui pelbagai inisiatif dan latihan kepada anak-anak tempatan.

“Dalam masa yang sama, kebenaran diberikan kepada pengusaha vesel perikanan yang bermuatan 40 Gross Register Tonage (GRT) ke atas untuk menggunakan tenaga kerja asing, khususnya vesel pukat jerut bilis, vesel zon C
(beroperasi lebih 12 batu nautika dari pantai), zon C2 (lebih 30 batu nautika) dan zon
C3 (menangkap ikan tuna di Lautan Hindi).

“Prosedur kebenaran yang diberikan oleh DOF selama ini adalah berdasarkan peruntukan seksyen 10(1)(c) Akta Perikanan 1985, dengan syarat nelayan asing itu memiliki pasport sah daripada negara asal,”katanya.

Berdasarkan statistik tahun 2022 (sehingga November), terdapat 10, 000 nelayan asing yang bekerja di atas 3,000 buah vesel perikanan tempatan yang berlesen di seluruh negara.

Selaras dengan pewartaan Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) (Pindaan) 2021 dan Perintah Imigresen (Pengecualian) (Pindaan) 2021 pada 28 Mei 2021, kru nelayan asing wajib mempunyai PLKS sepenuhnya pada 1 Januari 2022.

Ini bertujuan untuk mengelakkan laut dijadikan laluan utama kemasukan warga
asing ke dalam negara.

Ujar DOF, pihaknya menyambut baik penguatkuasaan PLKS ini kerana ia dapat meningkatkan keselamatan negara melalui pemutihan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk tenaga kerja di dalam sektor sekuriti makanan negara. – EDISI 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan