26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Indonesia, Malaysia kukuh kerjasama dua hala bidang pertanian

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INDONESIA dan Malaysia akan memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam bidang sekuriti makanan menerusi perdagangan agromakanan dan kerjasama teknikal pertanian.

Perkara itu diperbincangkan antara Duta Besar Republik Indonesia, Hermono dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sempena kunjungan hormat duta berkenaan ke Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, pertemuan itu antara lainnya bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.

“Indonesia turut mempelawa Mohamad ke Indonesia bagi melihat dengan lebih dekat kejayaan pembangunan industri padi yang telah mencapai 100 peratus bagi Tahap Sara Diri (SSL) untuk menampung keperluan dan penggunaan beras domestik negara tersebut.

“Di samping itu, Indonesia juga bersedia untuk mengeksport jagung bijian dan produk ternakan seperti daging, susu dan telur ayam bagi memenuhi keperluan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Advertisements

Dalam pada itu, kedua-dua negara turut bersedia untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian termasuk kerjasama di bawah platform serantau ASEAN.

“Dalam hubungan ini, Indonesia merupakan Pengerusi ASEAN bagi tahun 2023 manakala Malaysia merupakan tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN (AMAF) ke-45 pada tahun ini.

“Sebagai Pengerusi ASEAN, Indonesia bersetuju memberikan fokus terhadap sekuriti makanan di rantau ini,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan