BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mencadangkan agar kerajaan mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Menurut Nazri, ini kerana kenyataan-kenyataan Mahathir berbentuk hasutan terhadap rakyat agar membenci kerajaan hari ini.
“Walaupun Mahathir bekas perdana menteri, kerajaan tidak perlu takut untuk ambil tindakan terhadapnya.
“Ini kerana semasa beliau menjadi perdana menteri dahulu akan menghukum pengkritiknya bagi mereka yang berhimpun dianggap sebagai penentang kerajaan dengan mengenakan tindakan Akta Keselamatan Negeri (ISA).
“Kalau tidak percaya dengan saya, boleh tanya Ibrahim Ali (Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia),” ujarnya seperti yang dipetik Astro Awani.
Nazri yang kini berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, berkata demikian berikutan dakwaan Mahathir pada Ahad lalu pembatalan tempahan lokasi untuk penganjuran Proklamasi Orang Melayu yang dirancangnya disebabkan campur tangan kerajaan.