27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Polis rakam percakapan Chegu Bad, Zahid Md Arip

Mesti Baca

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) merakam percakapan dua aktivis, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bad dan Muhammad Zahid Md Arip hari ini berhubung kenyataan mereka yang mempersoal kurniaan kereta oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, kedua-dua mereka telah dirakam percakapan pada pukul 11 pagi tadi ekoran kenyataan yang dimuat naik menerusi platform Tiktok.

Menurut beliau, kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah berhubung kenyataan tersebut.

Beliau berkata, siasatan telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Advertisements

“PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform tersebut dengan menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shuhaily berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa juga cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselematan negara.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis membuka kertas siasatan terhadap Chegu Bard berhubung kenyataan beliau yang didakwa berbaur hasutan berkaitan kereta kurniaan Seri Paduka Baginda kepada Anwar.

Beliau berkata, kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 itu turut dibuka terhadap Zahid, yang juga bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan ini dan kedua-dua individu akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya seperti dilapor media pada Isnin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan