PEMUDA UMNO Malaysia menggesa kerajaan menghalang mana-mana syarikat swasta di negara ini yang mengenakan syarat pengambilan pekerja berdasarkan kaum tertentu sahaja.
Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, malahan ada juga syarikat swasta yang meletakkan syarat mereka perlu menguasai bahasa lain selain bahasa Melayu jika mahu bekerja.
“Kita minta kerajaan untuk menghalang mana-mana syarikat swasta di dalam negara ini yang hanya mensyaratkan untuk mengambil pekerja hanya berdasarkan kaum mereka sahaja ataupun syarat untuk tahu mberbahasa selain daripada bahasa Melayu
“Mungkin sudah tiba masanya untuk sistem pendidikan satu aliran juga mesti dilaksanakan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.
Beliau mengulas usaha kerajaan menggerakkan kempen bagi menggalakkan kaum Cina menyertai perkhidmatan awam.
Mengenai kempen tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, sepatutnya kempen itu juga menggalakkan kaum India serta lain-lain kaum.
Katanya, ini terutama dalam bidang ketenteraan yang diketahui kurang penyertaannya dalam kalangan bukan bumiputera. – Edisi 9

