Wednesday, July 22, 2026

Sindiket perlombongan haram di Kemaman tumpas

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket perlombongan haram dalam operasi khas di Kemaman, Terengganu hari ini.

Operasi yang bermula pukul 6 pagi itu disertai oleh 130 anggota dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan JIM Negeri Terengganu.

JIM menerusi Facebooknya berkata, operasi dijalankan berdasarkan siasatan dan risikan sejak beberapa minggu laludan seramai 39 orang telah diperiksa.

“Setelah pemeriksaan dijalankan, hasilnya seramai 28 orang PATI (pendatang asing tanpa izin) telah ditahan atas pelbagai kesalahan meliputi 15 orang warga Indonesia, lapan China, tiga Bangladesh, masing-masing seorang Myanmar dan Pakistan,” kata jabatan itu.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 25 hingga 46 tahun.

Sementara itu, jabatan itu berkata, sebanyak enam saman saksi telah dikeluarkan kepada warganegara Malaysia.

Antara jentera berat yang digunakan oleh sindiket perlombongan haram di Kemaman, Terengganu.

Selain itu, katanya, tangkapan ke atas warganegara China dibuat atas kesalahan menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk bekerja dan tinggal lebih masa.

“Manakala majikan yang menggajikan PATI akan dipanggil dan akan didakwa,” katanya.

Kesemua PATI yang ditahan dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Ajil dan akan didakwa atas kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan