30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

UPSI terus perkasa integriti, lancar sistem e-perolehan

Mesti Baca

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkasa integriti dalam kalangan warganya agar sistem pentadbiran universiti berjalan dengan baik dan efektif demi kecemerlangan masa depan.

Justeru, UPSI menerusi Institut Pengajian Siswazah (IPS) mengadakan program Syarahan Eksekutif bertajuk “Integriti Dalam Kepimpinan” yang disampaikan oleh Pro Canselor UPSI, Tan Sri Dr. Ismail Bakar di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, malam tadi.

Mantan Ketua Setiausaha Negara itu berkongsi pengalaman selama 36 tahun dalam perkhidmatan awam dan empat tahun dalam perkhidmatan swasta yang sangat bernilai untuk dikongsi prinsip pentadbiran yang menjadi amalannya.

Beliau menyatakan integriti sebagai unsur penting dalam kehidupan harian khasnya berkaitan kepemimpinan seseorang dalam mentadbir organisasi yang perlu memiliki integriti kendiri.

Katanya, integriti bukan hanya pematuhan kepada peraturan, tetapi kejujuran kendiri dihidupkan dalam diri petugas tanpa mengambil kira faktor luaran seperti nama, pangkat atau perhatian awam.

“Kejujuran tidak selalu menguntungkan, dusta atau khianat pasti merugikan” tegas beliau di dalam syarahannya.

Beliau turut memberi penekanan tentang kepentingan pematuhan masa bekerja, kepimpinan yang tegas, kerjasama berpasukan, pemimpin meraikan idea orang yang dipimpin, rasa ihsan dalam kepimpinan, memahami masalah anggota pasukan serta perasaan empati terhadap orang bawahan.

Selain itu, katanya seorang pemimpin perlu memiliki pemikiran kreatif, boleh mencipta nilai diri, bersemangat dalam mentadbir, daya ketahanan yang tinggi, sensitiviti, mempedulikan persekitaran, serta mengetahui visi dan misi organisasinya.

Advertisements

Beliau berpendapat seseorang pemimpin selain memiliki ilmu yang tinggi dan fleksibel, perlu mengetahui ke mana hala tuju yang hendak dibawa sebagai nilai tambah organisasinya.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antrabangsa) UPSI. Prof. Dr. Abdul Rahim Razali berkata, UPSI bertekad mempertingkat integriti dalam kalangan warganya dan pernah memperoleh penarafan peringkat gangsa bagi Anugerah Integriti, Governan dan Anti Rasuah Kebangsaan pada tahun 2022.

“Integriti perlu difahami iaitu bersikap jujur dan daya kepatuhan yang ditonjolkan secara berterusan terhadap nilai-nilai serta prinsip moral berlandaskan etika sesuatu pekerjaan,” katanya.

Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI, Prof. Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun, pula berkata, IPS memberi penekanan kepada komitmen universiti terhadap pembentukan budaya integriti dalam menguruskan pengajian siswazah dan pentadbiran.

Sempena majlis tersebut, turut dilancarjan e-Perolehan UPSI, sebuah sistem pengurusan perolehan secara elektronik inisiatif Jabatan Bendahari yang menjadi platform bagi syarikat menawarkan bekalan barangan dan perkhidmatan secara atas talian kepada universiti itu.

Sistem ini memudahkan lebih daripada 13, 000 pembekal yang berdaftar untuk mendapat perolehan di UPSI secara lebih kompetitif dan mesra pelanggan.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Puan Sri Rohani Abdullah; Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Datuk Seri Ahmad Burak; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Innovasi), Profesor Dr. Suriani Abu Bakar serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan