32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KPWKM galak wanita aktif bidang ekonomi dan tenaga buruh

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited dalam usaha menggalakkan wanita untuk sentiasa bergiat secara aktif dalam bidang ekonomi serta tenaga buruh.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kedua-dua bidang ini dapat membantu dalam menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga sekaligus dapat mewujudkan peluang pekerjaan.

“Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini dengan tema ‘Wanita Dijulang Negara Gemilang’ yang memberikan penekanan kepada pentingnya membentuk budaya inklusif dan kesaksamaan gender di semua lapisan masyarakat sebagai usaha memartabatkan wanita di Malaysia.

“Beberapa inisiatif penting akan menjadi fokus kementerian sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa iaitu peningkatan penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan, toleransi sifar keganasan terhadap wanita.

“Tidak lupa juga peningkatan penyertaan wanita dalam aktiviti ekonomi dan penambahbaikan persekitaran bagi menjamin kesejahteraan wanita,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Wacana Srikandi 2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam, kelmarin.

Advertisements

Program wacana itu adalah platform yang unggul bagi wanita di Malaysia untuk bersatu, berinspirasi dan meraikan kehebatan mereka bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini.

Majlis itu adalah julung kalinya dianjurkan oleh SACC Convec Sdn Bhd (SCSB) menampilkan tiga usahawan berjaya yang berkongsi rahsia kejayaan mereka melalui forum yang dihoskan oleh Fedtri Yahya dengan tajuk ‘Wanita Inspirasi, Ikon Berkualiti’ telah memberikan inspirasi suntikan semangat kepada tetamu yang hadir terutama dalam mengarus perdana gender.

Antara panel yang hadir ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aliza Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn Bhd Aleeya Zailan dan Penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor Masitah Mohd Affandy.

Selain itu, majlis turut diceriakan dengan persembahan yang memukau daripada penyanyi terkenal tanah air iaitu Anuar Zain, Syamel dan Ernie Zakri serta persembahan fesyen dengan 21 peragaan daripada House of Jedan Shah Alam dengan temanya ‘Cahaya Di Aidilfitri’.

Program Wacana Srikandi kali ini turut memberikan penghargaan kepada tiga rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, cawangan Selangor, Yayasan Kebajikan Negara dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dengan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi setiap rumah. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan