31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

22,597 kes baharu harian, 252 kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes harian negara masih melepasi angka 22,000 dengan 22,597 kes hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID -19 sebanyak 1,685,510 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 5,814 kes, diikuti oleh Sabah sebanyak 2,834 kes dan Sarawak 2,427 kes.

“Kedah (2,162 kes), Pulau Pinang (1,920 kes), Johor (1,896 kes), Kelantan (1,289 kes), Kuala Lumpur (1,111 kes) dan Perak (1,061 kes).

“Seterusnya, Terengganu (739 kes), Pahang (579 kes), Negeri Sembilan (345 kes) dan Melaka (269 kes).

“Perlis pula (98 kes), Putrajaya (48 kes) dan Labuan (lima kes),” katanya terdahulu menerusi Facebook di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, daripada 22,597 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 468 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

“Manakala sebanyak 22,129 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Baca juga:   Rentas daerah, negeri ketika Aidilfitri punca kes meningkat

“Secara keseluruhan, 17,345 kes (76.8 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Baca juga:   5,726 kes harian COVID-19 dilaporkan hari ini

“Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Dalam pada itu, menurutnya, sebanyak 252 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 91 kes di Selangor, 46 kes di Johor, 26 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Sementara sebanyak 18 kes di Kedah, masing-masing 17 kes di Sabah dan Pulau Pinang, 13 kes di Melaka, tujuh (7) kes di Perak, enam (6) kes di Pahang, lima (5) kes di Sarawak.

“Selebihnya, tiga (3) kes di Negeri Sembilan, dua (2) kes di Kelantan dan satu (1) kes di Perlis,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan data terkini pada 27 Ogos, katanya, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.01.

“Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.23), diikuti oleh Perlis (nilaiRT 1.21), dan Sabah (nilai RT 1.18).

“Terdapat enam (6) negeri yang mencatatkan nilai RT kurang daripada 1.0 iaitu Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Insentif pemulihan: Agensi pelancongan tarik nafas lega

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan