33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Nazri Aziz umum bersara, beri peluang orang muda

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan persaraannya dari arena politik sekali gus tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Memetik laporan Astro Awani, Nazri menjelaskan keputusan itu diambil bagi membolehkan peluang diberikan kepada pemimpin muda.

“Hidup kita jangan sampai menongkat langit, jangan sampai orang tunjuk pintu keluar.

“Saya rasa sudah sampai masa untuk saya bersara dan memberi peluang kepada pemimpin muda,” katanya.

Beliau juga berkata keputusan ini dibuat untuk menyesuaikan dengan keadaan yang mana kepimpinan kerajaan dibarisi pemimpin muda.

“Ini masa yang sesuai kerana kepimpinan kerajaan sudah dibarisi pemimpin muda.

“Jadi ia juga perlu dibuat di peringkat akar umbi.

“Saya mahu pemimpin muda akan mengisi kekosongan saya,” katanya lagi.

Nazri merupakan pemimpin UMNO yang sering menimbulkan kontroversi dengan kenyataan yang dibuatnya.

Baca juga:   Perdim cadang KKM berkolaborasi dengan klinik swasta

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Perlawanan EPL ketika waktu berbuka puasa akan dihentikan seketika

Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menghentikan perlawanannya seketika bagi memberi laluan pemain beragama Islam ketika masuk waktu untuk berbuka...

Lagi Artikel Berkaitan