28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ketepi perbezaan fahaman politik semasa situasi pandemik

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Perbezaan fahaman semasa situasi COVID-19 sewajarnya diketepikan bagi mengelakkan krisis politik negara yang boleh mengganggu perpaduan rakyat dalam menghadapi pandemik.

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, dalam situasi pandemik COVID-19 yang semakin melonjak, Majlis Syura Ulama mengajak rakyat bersatu hati memberi mandat kepada kerajaan dengan sokongan barisan hadapan untuk menguruskan kesihatan rakyat dengan baik.

“Semua individu rakyat juga diseru tampil segera mendapatkan suntikan vaksin agar kita berjaya mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat.

“Marilah kita bersama meneruskan munajat dan doa kepada Allah agar pandemik COVID-19 segera berakhir,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Advertisements

Beliau turut menyeru semua pihak agar sentiasa berfikiran positif serta bersikap optimis bahawa kita pasti berjaya menghadapi saat sukar ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “…dan Allah akan jadikan selepas kesukaran itu hadirnya kesenangan.” (Surah al-Talaq, ayat 7)

Hashim turut berkongsi ungkapan yang boleh dizikirkan dalam situasi pandemik ketika ini: “Cukuplah Allah bagi kami (sebagai penolong) dan Dialah sebaik-baik pengurus (tempat berserah).” (Surah Aali Imran, ayat 173)

Menurut beliau, zikir tersebut menggambarkan pergantungan dan penyerahan diri secara mutlak kepada Allah SWT dalam menghadapi ujian besar musibah yang melanda dunia ini. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan