31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Sidang DUN Pulau Pinang dijangka 30 Ogos – Kon Yeow

Mesti Baca

GEORGETOWN – Pulau Pinang bercadang mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Ogos ini, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata, kerajaan negeri sedang mendapatkan kebenaran untuk mengadakan persidangan itu.

Menurut beliau, pada masa yang sama, pihaknya sentiasa memantau situasi COVID-19 di Pulau Pinang serta mengambil langkah yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.

Advertisements

Jika persidangan DUN itu dibenarkan, Kon Yeow menambah, ia akan dilangsungkan secara fizikal dan tidak melalui platform maya.

“Peraturan mesyuarat hanya membenarkan sidang DUN diadakan secara fizikal, justeru kita perlu membuat persediaan yang diperlukan untuk melaksanakannya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi sidang DUN bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan