25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Seri Paduka ucap tahniah kepada Soh Chin Ann

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Soh Chin Ann, yang telah dinobatkan sebagai pemain paling banyak mewakili skuad kebangsaan dalam perlawanan antarabangsa.

Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan tahniah tersebut dalam hantaran Facebook Istana Negara.

Chin Ann disenaraikan dalam FIFA Century Club sebagai pemilik ‘caps’ antarabangsa terbanyak FIFA dengan 195 ‘caps’.

FIFA Century Club adalah eksklusif untuk pemain yang telah bermain sekurang-kurangnya 100 perlawanan antarabangsa.

Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan beliau menduduki tempat pertama, sekaligus melakarkan sejarah dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Advertisements

Seri Paduka berdua turut menyifatkan pencapaian Chin Ann itu sebagai kejayaan yang amat bermakna kepada Malaysia.

Chin Ann yang mewakili pasukan kebangsaan dari tahun 1969 hingga 1984 merupakan salah seorang daripada empat legenda kebangsaan termasuk Zainal Abidin Hassan, mendiang Datuk M Chandran dan Datuk Santokh Singh, disenaraikan FIFA dalam kemas kini terbaharu pada 3 Ogos 2021.

Antara nama besar lain dalam senarai 10 terbaik ialah Sergio Ramos dari Sepanyol (180, tempat kelima), Cristiano Ronaldo dari Portugal (179, keenam) dan Gianluigi Buffon dari Itali (176, kesembilan).

Antara legenda bola sepak negara yang turut tersenarai ialah Datuk Abdul Shukor Salleh (163), Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari (138) dan mendiang Datuk R Arumugam (131). – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan