31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, October 25, 2021

Hubungan Agong dan Muhyiddin istimewa – Annuar

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KUALA LUMPUR – Hubungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disifatkan sebagai ‘istimewa’, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Memetik laporan Bernama, Annuar berkata demikian, ketika merujuk sikap Muhyiddin yang sentiasa memulakan Mesyuarat Jemaah Menteri dengan menyampaikan titah Seri Paduka termasuk teguran, sekali gus menyelar tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa Perdana Menteri sebagai derhaka.

“Minggu ini sahaja, tiga kali Muhyiddin menghadap Tuanku iaitu waktu berlaku kekeliruan pindaan Ordinan Darurat pada 28 Julai, sebelum mesyuarat Kabinet pada 29 Julai dan hari ini (semalam) menghadap lagi.

“Orang yang derhaka, Tuanku tidak benarkan masuk Istana Negara. Yang tahu derhaka atau tidak derhaka itu Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi yang membincangkan tajuk ‘Politik: Apa lagi selepas ini?’

Menyentuh perutusan khas Muhyiddin semalam, beliau berkata, Perdana Menteri mengambil langkah yang tepat dan berani bagi menyelesaikan kemelut politik tanah air.

Baca juga:   Annuar terkejut poster tuduh beliau pengkhianat beredar di PWTC

Katanya, jika polemik politik itu dibiarkan berpanjangan, ia akan mengganggu tanggungjawab kerajaan yang sedang bertungkus-lumus berjuang dengan cabaran besar iaitu pandemik COVID-19.

Annuar juga menyifatkan pembentangan usul undi percaya kepada Muhyiddin pada sidang Parlimen bulan depan sebagai profesional dan selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Baca juga:   Annuar rayu orang Kelantan jangan rentas sempadan

Dalam perutusan khas semalam, Muhyiddin berkata, beliau telah menyembah maklum kepada Al-Sultan Abdullah bahawa beliau akan menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen dengan membenarkan suatu usul undi percaya kepadanya dibentangkan di Dewan Rakyat pada September.

Annuar turut menyifatkan Muhyiddin sebagai pemimpin berpengetahuan luas mengenai selok-belok pentadbiran negara dan mempunyai komitmen yang tinggi

“Beliau berpengetahuan luas, pernah menjadi Menteri Besar, Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan kini Perdana Menteri. Walaupun nampak bersahaja tetapi beliau sangat arif dalam pentadbiran negara,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa pencapaian kerajaan perlu dilihat dari segi kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang menyaksikan kadar vaksinasi harian tertinggi di dunia dan usaha menyelesaikan pandemik COVID-19.

Terkini

4,782 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan hari ini

SEJUMLAH 4,782 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

Lagi Artikel Berkaitan