25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

MCA terus sokong kerajaan PN sehingga PRU-15

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – MCA akan terus menyatakan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sepertimana ketetapan bersama Barisan Nasional (BN) dalam Perhimpunan Agung sebelum ini.

Biro Politik MCA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, ini merupakan pendirian BN dari tahun lepas dan MCA mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankannya.

MCA berkata, hakikat dan realiti sekarang jelas, tiada satu pun atau gabungan parti yang boleh membentuk sebuah kerajaan stabil.

“Maka jika kerajaan PN dijatuhkan sekarang, ia hanya akan mengheret negara ke dalam krisis politik yang tidak berkesudahan dan pastinya akan memudaratkan rakyat dan juga negara.

“Justeru, MCA berpendapat bahawa keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengusulkan undi percaya terhadap dirinya pada sidang Parlimen September depan yang telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah langkah tepat berdasarkan kepada prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan,” katanya.

Advertisements

MCA berkata, dalam masa sama, ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan keadaan ekonomi yang kian merundum, kestabilan politik adalah penting dalam melindungi nyawa dan kehidupan rakyat. 

Dalam pada itu, katanya lagi, MCA juga berpendapat bahawa sudah tiba masanya kerajaan PN membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat memandangkan program vaksinasi telah berjaya dilaksanakan dengan pantas kebelakangan ini dan dilihat semakin berjaya mencapai matlamat yang disasarkan. 

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sekarang agak kurang berkesan untuk mengurangkan jumlah kes jangkitan. 

“PKP yang berterusan ini akan terus meningkatkan kesengsaraan rakyat yang berhadapan dengan kesukaran mencari rezeki. Vaksinasi rakyat secara menyeluruh merupakan jalan terbaik bagi negara sekarang ini,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan