31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Azizulhasni, Shah ditawar RM25,000 jika menang emas Olimpik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Dua pelumba keirin negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom berpeluang memperoleh hadiah wang tunai RM25,000 sekiranya berjaya meraih emas pertama Olimpik buat negara.

Hadiah itu dijanjikan oleh Exco Pemuda UMNO yang juga Penjelajah Grand Slam negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin sebagai pembakar semangat kedua-dua pelumba itu yang akan layak ke suku akhir Olimpik Tokyo 2020 dalam acara tersebut esok.

Malah mereka tetap berpeluang menerima wang tunai sebanyak RM15,000 sekiranya meraih perak dan RM10,000 untuk pingat gangsa sebagai tanda penghargaan dan pengorbanan atlet negara mengharumkan nama negara dipersada dunia.

Selain hadiah wang tunai, Muqharabbin turut menawarkan pakej haji kepada kedua-dua pelumba negara tersebut.

Beliau berkata, sebagai seorang memahani dan mengetahui susah payah serta perit-jerih mereka berlatih.

Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin – Sumber: Carian Internet

“Disokong tatkala menang, direndah-rendahkan di saat kalah, sedangkan bukan mudah mencapai tahap juara bertaraf dunia. Dapat menjadi atlet ke Sukan Olimpik pun adalah satu pencapaian tertinggi.

Advertisements

“Sehubungan dengan itu, saya tergerak ingin memberikan sokongan dan juga sumbangan peribadi terhadap semangat kesukanan yang mereka tunjukkan buat rakyat Malaysia dan juga dunia,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Muqharabbin atau dikenali sebagai Qobin berkata, beliau juga pernah mempunyai impian ke Sukan Olimpik dalam sukan olahraga tetapi takdir Allah memberikan kejayaan lain iaitu menjadi Penjelajah Grand Slam.

“Saya dan rakyat Malaysia mendoakan kejayaan untuk Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom.

“Saya harap satu hari nanti, ada antara anak-anak saya berjaya mendapat pingat emas Sukan Olimpik,” katanya.

Selain kepada kedua-dua pelumba tersebut, Qobin juga akan memberikan hadiah RM10,000 seorang kepada pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang berjaya meraih gangsa di Tokyo.

Untuk rekod, Qobin pernah mendaki tujuh puncak tertinggi di tujuh benua dan berski di Kutub Utara dan Kutub Selatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan