25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Malaysia wajib bawa pulang pingat emas Olimpik 2024

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA wajib membawa pulang emas dalam Sukan Olimpik 2024.

Ini kerana, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, perkara itu (memenangi emas) adalah satu kemestian yang harus dicapai.

“Memandangkan kita memasuki tahun 2023, menjadi jelas kepada saya bahawa emas dalam Sukan Olimpik 2024 adalah satu kemestian bagi Malaysia.

“Pingat emas pertama dan percubaan untuk menang akan melahirkan wira negara yang baharu.

“Ia juga akan memberi inspirasi kepada generasi juara di sampinh mampu memartabatkan semua sukan di semua peringkat.

“Kita akan menyimpan impian yang lebih besar dalam setiap bidang kehidupan dan industri dan kita akan percaya pada diri semula,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, ‘Road to Gold’ bukan hanya tentang membawa pulang pingat dari Paris 2024 tetapi sebaliknya ia adalah mengenai mencipta templat tentang kaedah pelaburan dalam atlet.

Jelasnya, ini termasuk bagaimana memastikan setiap pertandingan itu dikira, memupuk ekosistem sukan mampan, perkumpulan data bakat baharu akar umbi, pembinaan pangkalan peminat atlet dan kaedah meningkatkan ukuran pembangunan dan kejayaan sukan,”katanya.

Ujar beliau, semoga usaha kita untuk mendapatkan emas pertama dalam diri kita akan menjadi semangat kecemerlangan yang akan meningkatkan taraf anak muda Malaysia dan akan kekal bersama mereka sepanjang hayat.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan