29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Rahman letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meletakan jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), serta-merta.

Beliau berkata, ia selaras keputusan yang telah diputuskan di dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, dan beliau sebagai anggotanya turut patuh dan setia atas ketetapan parti ini.

“Maka, saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah dengan serta merta.

“Tambahan itu, UMNO adalah sebuah parti perjuangan yang mendukung titah Yang di-Pertua Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  sebagai Raja Berpelembagaan seperti yang termaktub di dalam asas dan tujuan UMNO mengikut Fasal 3,”katanya menerusi kenyataan media di sini.

Bagaimanapun, katanya, beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad kerana telah memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah.

“Akhir kata, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan Universiti Malaysia Sabah kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan saya di Universiti tersebut.

“Semoga kita semua berada di dalam lindungan Allah S.W.T. Demi agama, bangsa dan tanahair,”katanya.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan