27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Krisis politik hanya timbulkan gelisah rakyat – GPS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyifatkan tindakan mengheret rakyat dalam krisis politik dan cubaan menumbangkan kerajaan dalam keadaan rakyat dan negara berdepan ancaman pandemik COVID-19, hanya akan menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keutamaan GPS ketika ini adalah rakyat dan menangani masalah pandemik di samping mempercepatkan proses vaksinasi serta memulihkan ekonomi negeri dan negara.

“Sehubungan dengan itu, GPS berharap semua pihak menghentikan dahulu politiking dan semua Ahli Parlimen boleh menentukan pendirian masing-masing sama ada mahu menyokong atau tidak usul percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat bulan depan, ” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Perkara itu antara intipati yang dibincangkan susulan satu perjumpaan khas Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, bersama Ahli-Ahli Parlimen GPS di Ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako, Kuching petang ini.

Alexander berkata, dalam perbincangan itu juga, Ahli-Ahli Parlimen GPS telah mengambil pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri.

“GPS juga menjunjung titah ke bawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya pentadbiran kerajaan hari ini diteruskan sehinggalah keabsahannya ditentukan pada sidang Parlimen bulan depan (September 2021).

“GPS menyifatkan keputusan Perdana Menteri untuk mengusulkan undi percaya terhadap dirinya pada sidang Parlimen bulan depan, sebagai satu tindakan berani dan bijak, serta pendekatan terbaik berlandaskan perlembagaan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan