27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

‘Tentera bawang’ Malaysia dirayu tidak serang media sosial Carlin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Para ‘tentera bawang’ Malaysia dirayu agar tidak ‘menyerang’ media sosial milik pelumba basikal Olimpik Great Britain, Jack Carlin.

Pelumba basikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis berkata, tindakan tersebut boleh memalukan atlet kita yang sedang beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 serta tidak menunjukkan semangat kesukanan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia jangan terlalu ambil hati dengan insiden yang menimpa Mohd Shah Firdaus Sahrom dan Carlin kerana itu lumrah dalam mana-mana pelumbaan basikal.

“Kepada rakyat Malaysia, tolong jangan serang Jack Carlin di instagram atau mana-mana media sosial. Semangat kesukanan itu penting!

“Jangan ambil terlalu personal tentang Shah punya terjatuh. Jangan serang media orang lain. Kekalkan profesionalisme.

“Kita ini pelumba walaupun berlawan di gelanggang sahaja. Luar gelanggang tak gaduh pun. Jangan malukan atlet kita di Olimpik sana dengan mentaliti macam ni,” katanya menerusi twitter hari ini.

FADHIL MOHD ZONIS

Insiden Shah Firdaus yang bergesel dengan Carlin dalam saringan kedua acara keirin di Olimpik Tokyo di Veledrom Izu, Tokyo petang ini sehingga mencetuskan kemarahan peminat dan penyokong pelumba negara.

Advertisements

Mereka melepaskan geram menerusi media sosial terhadap pelumba Britain itu yang didakwa menjadi punca Shah Firdaus terjatuh sehingga nama Jack Carlin trending di Malaysia.

Walaupun pasukan perubatan menyarankannya tidak meneruskan perlumbaan selepas pelanggaran itu, namun Shah Firdaus tetap tidak mahu mengalah dan menyertai perlumbaan repechage.

Kesungguhan dan semangatnya membuahkan hasil apabila dia menamatkan saingan repechage di kedudukan kedua di belakang pelumba Trinidad & Tobago, Kwesi Browne sekali gus menempah tiket ke suku akhir.

Saingan suku akhir esok akan sekali lagi menemukan Shah Firdaus dan Carlin apabila kedua-dua mereka diletakkan dalam satu kumpulan untuk aksi saringan suku akhir kedua.

Jaguh keirin dunia dari Terengganu, Datuk Azizulhasni Awang turut menempah tiket ke suku akhir esok selepas memenangi saringan ketiga dalam acara kegemarannya itu.

Carlin dilapor telah menutup ruangan komen di instagramnya berikutan tidak tahan diserang tentera bawang Malaysia yang marah kepadanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan