25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Komanwel 2022: Aniq, Shah Firdaus dapat insentif Kerajaan Johor

Masing-masing bakal menerima insentif RM10,000 dan RM6,000 daripada kerajaan negeri.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Johor akan memberikan insentif berupa wang tunai kepada pemenang pingat emas, Mohd. Aniq Kasdan dan pemenang pingat gangsa, Muhammad Shah Firdaus Shahrom atau pencapaian cemerlang dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Masing-masing bakal menerima insentif RM10,000 dan RM6,000 daripada kerajaan negeri.

Menurut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, sumbangan itu diberi atas pencapaian mereka yang telah berjaya mengharumkan nama negara dan negeri ini di peringkat antarabangsa.

“Aniq Kasdan berjaya merangkul emas bagi acara angkat berat kategori 55kg, manakala Muhammad Shah Firdaus pula merangkul gangsa bagi acara keirin.

“Saya difahamkan Aniq telah menamatkan saingan snatch dengan angkatan seberat 107 kilogram (kg) pada percubaan pertama dan seterusnya dalam saingan clean & jerk dengan angkatan 142 kg.

Baca juga:   500 PPS sedia diaktifkan, hadapi taburan hujan tinggi

“Bagi Shah Firdaus juga, satu kebanggaan apabila berjaya menamatkan penantian pasukan pelumba berbasikal trek negara selama lapan tahun untuk menang pingat acara keirin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Onn Hafiz berharap kemenangan itu akan menyuntik dan membakar semangat atlet-atlet muda Johor yang lain dalam menjulang nama negeri dan negara di persada dunia.

Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Mohd. Aniq Kasdan atas sumbangan pingat emas pertama Malaysia di temasya sukan antarabangsa itu.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

2 individu ditangkap gaduh guna rantai besi, parang depan kilang

DUA individu ditangkap polis semalam membabitkan kes pergaduhan dua kumpulan di hadapan sebuah kilang makanan laut di Sepanggar, Kota...

Lagi Artikel Berkaitan