26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Elaun JKM, Impak pemansuhan UPSR, tumpuan sidang Dewan Rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISU kenaikan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaras dengan kenaikan kos sara hidup antara perkara yang akan dibangkitkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Persoalan itu akan diajukan oleh Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mohd Salim ingin tahu sama ada kementerian mempunyai rancangan untuk menaikkan kadar bantuan bulanan kepada penerima sedia ada supaya ia selari dengan kenaikan kos hidup masa kini.

Turut menjadi perhatian Ahli Parlimen ialah impak jangka panjang pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang dibangkitkan oleh Natrah Ismail (PH-Sekijang) kepada Menteri Kanan Pendidikan.

Beliau juga ingin tahu mengenai mekanisme Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengukur kelayakan kemasukan pelajar ke asrama penuh atau ke kolej lepasan tingkatan tiga selepas peperiksaan UPSR dan PT3 dimansuhkan.

Sementara itu, Pang Hok Liong (PH-Labis) meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah rizab negara setakat Mei 2022 dan jumlah rizab antarabangsa Bank Negara setakat Mei 2022 serta rancangan kerajaan untuk meningkatkan rizab negara.

Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula mengutarakan soalan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berkenaan kriteria yang akan diperhalusi oleh kementerian dalam membuka sempadan negara kepada lebih banyak negara luar seperti China.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini juga akan menyaksikan sambungan perbahasan rang undang-undang bacaan kali kedua antaranya Rang Undang-Undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022 serta Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022. – BERNAMA

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan