25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Takziah… Bapa Azizulhasni meninggal dunia

Mesti Baca

BAPA kepada jaguh lumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang meninggal dunia di rumahnya di Kampung Nibong Stesen, Dungun, Terengganu kira-kira pukul 2 pagi ini.

Pemergian Allahyarham Awang @ Muda Embong, 73, itu dimaklumkan oleh Azizulhasni sendiri menerusi Facebooknya pagi ini.

“Assalamualaikum semua. Untuk makluman, ayah saya Awang Bin Embong telah pulang ke Rahmatullah awal pagi tadi.

“Semoga Ayah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadatnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya.

Azizulhasni yang dipercayai masih berada di Melbourne, Australia turut mendoakan agar bapa beliau diberikan kemaafan dan kerahmatan oleh Allah SWT

“Ya Allah! Ampunilah almarhum (Awang Bin Embong),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya,” katanya.

Azizulhasni Awang bersama bapanya, Awang Embong. – Sumber: Facebook

Pada Oktober lalu, Azizulhasni pernah berkongsi keadaan kesihatan bapanya itu yang tidak sihat ketika beliau pulang dari Olimpik Tokyo 2020.

Kata pelumba dengan gelaran The Pocket Rocketman itu, keadaan bapanya agak berbeza berbanding keadaan ketika beliau membawa pulang pingat gangsa dari Olimpik Rio 2016 lalu.

Advertisements

“Keadaan agak berbeza selepas saya pulang dari Olimpik Tokyo baru-baru ini di mana ayoh tidak sihat dan jauh berbeza dengan keadaan terdahulu.

“Apa yang saya nampak, ayoh cukup kuat melawan apa yang dilalui beliau pada ketika ini dan saya cukup bersyukur kerana dalam beliau sudah tidak ingat pelbagai perkara (alzheimer), beliau masih ingat dan kenal saya,” katanya.

Sementara itu, abang ipar Azizulhasni, Mohd. Razman Mohamad berkata, bapa mentuanya dimasukkan ke hospital swasta empat hari lalu susulan pernafasan yang tidak stabil.

“Bagaimanapun, kesihatan ayah kembali stabil dan dibenarkan pulang petang semalam. Ayah nampak sihat dan boleh tersenyum, kami tidak sangka ayah pergi buat selamanya,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Mohd. Razman berkata, Azizulhasni yang kini berada di Melbourne sempat pulang bertemu dengan Allahyarham, awal bulan ini.

Malah, adik iparnya itu ada menghubungi keluarga selepas dimaklumkan tentang pemergian Allahyarham di samping menguruskan semua perbelanjaan pengebumian.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, Dungun.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar antara yang terawal menyampaikan ucapan takziah kepada pemenang pingat gangsa Olimpik Rio 2016 itu atas kehilangan bapanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan