Tuesday, July 21, 2026

Shah Firdaus raih perak keirin UCI

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELUMBA berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengharumkan nama negara apabila muncul pemenang pingat perak acara keirin lelaki di kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Mesir semalam.

Wakil tunggal negara itu menamatkan saingan di tempat kedua di belakang pelumba Jepun, Shinji Nakano yang meraih emas sementara seorang lagi pelumba Jepun, Kaiya Ota di tempat ketiga.

Untuk rekod, Shah Firdaus yang merupakan pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 lalu hanya ketinggalan 0.057 saat di belakang Nakano.

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis gagal melayakkan diri ke suku akhir apabila menamatkan saingan pusingan pertama saringan repechage di tempat kedua.

Sebelum ini, jaguh keirin negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang terpaksa menarik diri pada kejohanan di Mesir itu akibat kecederaan yang dialaminya ketika menjalani latihan di sana.

Bagaimanapun, The Pocket Rocketman itu memohon agar semua rakyat Malaysia agar terus memberikan sokongan kepada pelumba trek berbasikal negara yang lain di kejohanan tersebut. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan