Sunday, July 19, 2026

Selangor larang guna imam luar negara untuk solat tarawih

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEMUA masjid dan surau di Selangor perlu menggunakan khidmat imam lantikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mengimamkan solat tarawih sepanjang Ramadan ini.

Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, selain imam lantikan MAIS, imam yang dilantik kariah masjid berkenaan turut dibenarkan.

Katanya, khidmat imam luar negara tidak dibenarkan kecuali telah mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Solat tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan membaca surah atau ayat-ayat pendek.

“Pelaksanaan tazkirah hendaklah dilaksanakan selepas selesai solat sunat tarawih oleh penceramah bertauliah dan tempohnya tidak melebihi 20 minit,” katanya menerusi kenyataan, lapor Sinar Harian.

Ujarnya, pelaksanaan solat fardu, solat Jumaat dan aktiviti program melibatkan masjid dan surau dibenarkan dengan kapasiti penuh mengikut syarat ditetapkan.

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan