31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pembukaan sektor PKS berdasarkan risiko jangkitan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pembukaan sesuatu sektor perniagaan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu ditentukan berdasarkan risiko jangkitan COVID-19 dalam sektor masing-masing.

Memetik laporan BERNAMA, Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia perlu dinilai berdasarkan sains dan data.

Namun, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, analisis risiko berdasarkan sektor semata-mata mungkin menghasilkan keputusan yang kurang konsisten.

Tengku Zafrul berkata demikian selepas Program Turun Padang Menteri Kewangan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang, di sini hari ini.

Dalam program usaha sama Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (CENDANA) dan Yayasan Sime Darby itu, Tengku Zafrul turut menyampaikan bantuan makanan kepada penggiat seni di Lotus Taman Midah.

Sementara itu, beliau berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangka mengumumkan pembukaan sektor perniagaan, termasuk PKS selepas meneliti perkara itu minggu depan.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Kedua Majlis Pemulihan Negara (MPN), yang antara lain membincangkan mengenai keperluan sektor perniagaan dibuka semula dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Sementara itu dalam hantaran Facebook, Tengku Zafrul berkata, beliau gembira melihat operasi PPV Bergerak di PPR Hiliran Ampang berjalan lancar.

“Alhamdulillah, operasi semua berjalan lancar, dengan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Sukarelawan Wilayah yang sentiasa ceria menjalankan tugas membantu semua yang hadir untuk temu janji mereka.

“Terima kasih kepada pihak Kementrian Wilayah Persekutuan, Kementerian Wilayah Persekutuan, DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan atas usaha anda membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz turut menyampaikan bantuan makanan kepada penggiat seni di Lotus Taman Midah. – Gambar: Facebook

Selepas itu, beliau ke Pasar Raya Lotus Taman Midah, Ampang untuk bertemu dengan beberapa penggiat seni bagi Program Bantuan Makanan Penggiat Seni.

Turut bersama adalah wakil-wakil dari Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) dan Yayasan Sime Darby (YSD). â €
â €
“Di sana, saya sempat beramah mesra bersama penggiat seni untuk mendapatkan input mengenai sektor seni dari suara penggiat sendiri dan membeli belah bersama Abang Lan, seorang veteran dalam industri seni tempatan,” jelasnya.

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan