Monday, July 20, 2026

Skim SJPP: Tiga PKS perkukuh operasi, teroka pasaran baharu

Dalam tempoh enam hingga 12 bulan, syarikat-syarikat terbabit melaporkan perubahan ketara daripada segi perancangan kos operasi yang lebih tersusun dan aliran tunai lebih lancar.

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

TIGA perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan memanfaatkan sokongan pembiayaan di bawah skim jaminan yang diuruskan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).

Ini apabila syarikat terbabit, Tonasco Malaysia Sdn Bhd, Molhit Pack Sdn Bhd dan Bubbles O2 Sdn Bhd telah berjaya memperkukuhkan operasi serta meneroka pasaran baharu menerusi kemudahan tersebut.

SJPP berkata, dalam tempoh enam hingga 12 bulan, syarikat-syarikat terbabit melaporkan perubahan ketara daripada segi perancangan kos operasi yang lebih tersusun, aliran tunai lebih lancar, rantaian bekalan lebih stabil malah kepercayaan serta kredibiliti dengan pembekal dan rakan kewangan turut meningkat.

Pengarah Urusan Tonasco, Lin Sheau Wei berkata, pihaknya percaya untuk terus kekal relevan adalah dengan pelaburan dalam mesin bernilai tinggi dan pendekatan kilang pintar.

Jusrteru, beliau yang telah menceburi perniagaan pembuatan pintar dan pemesinan tepat lebih 20 tahun itu berkata, kelajuan dan ketepatan penghasilkan produk bukan lagi kelebihan tetapi menjadi keperluan asas.

“Pembiayaan melalui skim jaminan kerajaan yang diuruskan SJPP membantu syarikat memperkukuh pelaburan dalam mesin berteknologi tinggi serta mempercepatkan hala tuju ke arah pembangunan kilang pintar.

“Hasilnya, syarikat dapat mempertingkatkan daya saing dan membina keupayaan baharu selari agenda penaiktarafan yang dirancang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dengan pelaburan tersebut, Tonasco kini dapat menyusun semula kapasiti dan produktiviti, mengukuhkan keupayaan operasi untuk memenuhi kehendak pelanggan serta piawaian industri yang semakin meningkat.

Bagi Pengarah Urusan Molhit Pack, Fatin Fatinah Molhit pula berkata, SJPP telah menjadi pemangkin penting bagi memperkukuhkan keyakinan institusi kewangan, sekali gus menyokong pertumbuhan dan perniagaannya.

“Kami memanfaatkan pembiayaan yang diperoleh untuk menstabilkan kos operasi dan meningkatkan kapasiti syarikat dengan berpindah ke gudang lebih besar, menambah tenaga kerja, dan membeli mesin baharu bagi meningkatkan produktiviti,”katanya.

Beliau berkata, pelaburan dalam pembelian mesin percetakan baharu itu bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi, malah turut memperluaskan penawaran perkhidmatan, serta menyokong pertumbuhan
jualan tanpa menjejaskan kualiti produk.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Bubbles O2, Ain Azizah Ariffin pula berkata, ketiadaan rekod pembiayaan korporat sebelum ini menyebabkan penilaian risiko lebih ketat, dan proses pembiayaan mengambil masa lebih panjang oleh pihak institusi kewangan.

Bagaimanapun katanya, dengan skim jaminan SJPP, keyakinan pihak institusi kewangan memberi pembiayaan meningkat dan tekanan cagaran berkurang. Hal ini, membolehkan syarikat merancang tenaga kerja dan perbelanjaan kos operasi syarikat dengan lebih stabil.

“SJPP berperanan sebagai pemacu keyakinan kewangan yang membolehkan syarikat berkembang daripada segi operasi secara lebih terancang dan mampan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan