24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 22, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

MB Kedah minta maaf isu gurauan ‘kontena jenazah’

Mesti Baca

ALOR SETAR – Ekoran isu gurauan ‘kontena jenazah’ yang tular semalam, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung.

Pada masa yang sama, beliau memperjelaskan bahawa rakaman video mengandungi gurauan yang tular tersebut telah diambil di luar konteks.

“Saya suka bergurau tetapi oleh kerana gurauan semalam itu agak kasar saya nak maklumkan saya gurau dengan wartawan, yang telah jadi sebahagian daripada keluarga dalam kerjaya saya ini.

“Oleh kerana ada pihak yang tersinggung, terasa hati dengan gurauan itu, saya ambil kesempatan pagi ini untuk memohon maaf kepada pihak-pihak yang tersinggung dengan gurauan itu,” katanya dalam sidang media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Utara Malaysia (UUM), hari ini.

Netizen mengkritik Muhammad Sanusi ekoran kenyataan kontroversi yang berbunyi,”…kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama”.

Hari ini, Kedah mencatatkan sebanyak 1,514 kes jangkitan positif baharu COVID-19.

Muhammad Sanusi menambah, gurauan semalam itu hanyalah dengan wartawan yang sudah mengetahui sikapnya yang suka bergurau.

“Mereka tahulah saya punya karakter itu. Tetapi oleh kerana termasuk dalam kamera nasib sayalah.

Baca juga:   UMNO dan PPBM sukar tidur sebantal, mimpi lain-lain

“Ramai juga yang menghantar mesej mencela. Saya terima sebagai adat dalam kerjaya saya ini. Ada suka ada yang benci,” katanya. – EDISI 9

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

Institusi TVET KPLB digesa perhebat kerjasama dengan industri – Mahdzir

INSTITUSI Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) perlu meningkatkan lagi kerjasama dengan...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>