29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Vaksinasi golongan khas secara ‘walk in’ – CITF

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (CITF), akan memperluaskan inisiatif vaksinasi secara jumpa terus atau ‘walk in’ ke seluruh negara, khusus untuk golongan khas dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, inisiatif vaksinasi golongan khas tersebut kini hanya dilaksanakan di sekitar Lembah Klang.

Memetik laporan BERNAMA, CITF memaklumkan, vaksinasi secara ‘walk in’ itu dikhususkan untuk golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), individu dengan komorbid berusia 18 tahun dan ke atas.

Selain itu, individu yang terlepas suntikan kedua, guru, anggota pelaksana dan pekerja sokongan kontrak di institusi pendidikan Kementerian Pendidikan juga berpeluang mendapatkan inisiatif ini.

“Individu yang terlepas suntikan dos kedua boleh mengunjungi mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) berhampiran.

“Sekiranya PPV berkenaan tidak menyediakan vaksin dari jenis yang sama dengan dos pertama, mereka boleh dirujuk ke PPV lain,” katanya.

CITF turut memaklumkan, perincian tentang pelaksanaan vaksinasi secara jumpa terus itu akan dimaklumkan oleh CITF dan jabatan kesihatan negeri masing-masing, termasuk penjadualan vaksinasi dan kuota harian di setiap negeri.

“Jumlahnya bergantung kepada kapasiti bekalan vaksin di PPV, dan individu yang tidak mendapat vaksinasi pada hari berkenaan, ekoran kehabisan bekalan vaksin, nama mereka akan diberi keutamaan pada keesokan hari,” kata CITF.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan