25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

19,257 kes baharu harian, 4,178 kes sejarah imunisasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu harian COVID-19 hari ini merekodkan sedikit penurunan dengan sebanyak 19,257 kes baharu dilaporkan,berbanding semalam.

Semalam sehaja, negara dikejutkan dengan peningkatan kes melepasi 20,000 dengan 20,889 kes dilaporkan sekaligus merupakan angka tertinggi pernah dicatatkan sejak pandemik melanda negara.

Dengan pertambahan kes baharu harian itu, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1,243,852 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 7,084 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (2,450 kes), Kedah (1,514 kes), Sabah (1,255 kes) dan Johor (1,182 kes).

“Pulau Pinang (959 kes), Kelantan (930 kes), Negeri Sembilan (884 kes), Perak (774 kes), Pahang (714 kes), Sarawak (573 kes), Terengganu (425 kes) dan Melaka (414 kes).

“Selain itu, Putrajaya (56 kes), Perlis (41 kes) dan Labuan (dua kes),” katanya pada Facebook di sini hari ini

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, daripada 19,257 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 740 kes (3.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

“Manakala sebanyak 18,517 kes (96.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, hanya 4,178 kes (21.7 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19,” katanya.

Mengikut status vaksinasi, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 448 kes kategori 5 dilaporkan dengan 444 kes atau 99.1 peratus tiada sejarah vaksinasi manakala, 128 kes kategori 4 dengan 100 kes atau 78.1 peratus tiada sejarah vaksinasi.

Advertisements

“Sebanyak 164 kes pula kategori 3 dengan 111 kes atau 67.7 peratus tiada sejarah vaksinasi dan 9,190 kes kategori 2 dengan 6,218 kes atau 67.7 peratus tiada sejarah vaksinasi.

“Kategori 1 pula merekodkan sebanyak 9,327 kes dengan 8,206 kes atau 88.0 peratus tiada sejarah vaksinasi,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 210 kes kematian lagi dilaporkan pada hari ini yang melibatkan 88 kes di Selangor, 33 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 28 kes di Johor, 17 kes di Kedah, 13 kes di Sabah dan lapan kes di Melaka.

“Selebihnya, enam kes di Perak, masing-masing lima kes di Negeri Sembilan dan Kelantan, empat kes di Pulau Pinang serta masing-masing satu kes di Pahang, Sarawak dan Perlis.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, sebanyak 9,918 kes kematian COVID-19 telah direkodkan pada tahun ini berbanding dengan 471 kes kematian
COVID-19 pada tahun lalu.

“Daripada jumlah kes kematian sehingga hari ini sebanyak 8,615 kes kematian (86.9 peratus) merupakan kematian di hospital dan 1,303 kes kematian (13.1 peratus) brougth in dead (BID).

“Sebanyak 8,081 kes (93.8 peratus) kes kematian di hospital melibatkan warganegara.

“Bagi kes kematian BID pula, sebanyak 819 kes (62.9 peratus) melibatkan warganegara manakala 484 kes (37.1 peratus) lagi melibatkan bukan warganegara.

“Pada hari ini, terdapat 34 kes BID di mana 22 kes merupakan warganegara dan 12 kes
bukan warganegara,” katanya.

Tambah beliau, terdapat 36 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 18 kluster tempat kerja, 15 kluster komuniti serta masing-masing satu kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan, keagamaan dan pusat tahanan.

Sementara itu, katanya, kadar kebolehjangkitan pada kelmarin menunjukkan, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.09 dengan negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.28), diikuti oleh Sabah dan Terengganu (nilai RT 1.19) serta Perak dan Pulau Pinang (nilai RT 1.18). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan