24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Shah Headan letak jawatan Lembaga Pengarah UPM

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Lembaga Pengarah UPM Holdings Sdn Bhd, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Shah Headan, UMNO telah membuat ketetapan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya dengan ini mengumumkan peletakan jawatan saya selaku Ahli Lembaga Pengarah UPM.

“Ini sebagai mengambil tanggungjawab saya selaku ahli parti yang akan terus akur dan hormat dengan sebarang keputusan serta ketetapan parti,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, dua pemimpin UMNO iaitu Ketua Wanita, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan masing-masing dalam Kabinet.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled turut meletak jawatan sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad.

Mereka berbuat demikian kerana akur pendirian MT UMNO pada 3 Ogos lalu sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan