27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 25, 2021

Kibar Jalur Gemilang tanda solidariti lawan COVID-19

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap rakyat mengibar megah Jalur Gemilang sebagai tanda solidariti dalam melawan pandemik COVID-19.

Menurut beliau, Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dalam hati setiap rakyat Malaysia yang mencetuskan solidariti dalam mendepani apa jua cabaran yang mendatang.

“Semangat juang tinggi pemimpin dan nenek moyang kita dalam menuntut kemerdekaan negara, yang penuh ranjau dan berliku perlu dijadikan iktibar dan memberi inspirasi kepada kita semua.

“Kali ini, kita sedang berperang dengan musuh yang sukar dilihat dan lebih berbahaya.

“Saya berdoa agar saudara dan saudari akan terus cekal dan dikurniakan kekuatan dalam usaha kita untuk menamatkan wabak COVID-19 ini,” katanya ketika berucap melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang secara maya, hari ini.

Muhyiddin menyeru semua rakyat mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman ataupun kenderaan masing-masing demi menzahirkan rasa cinta terhadap negara, diiringi doa dan harapan agar negara akan segera pulih dari wabak COVID-19, dan kita dapat kembali kehidupan normal dan mengecapi kemakmuran bersama.

Beliau percaya melalui semangat cintakan negara yang sentiasa diperteguhkan, kita akan dapat mengekalkan kehidupan yang harmoni, saling mengasihi dan bersatu hati dalam kalangan rakyat meskipun berlainan kaum, agama dan latar belakang.

Baca juga:   Beras percuma setiap minggu, untunglah B40 Wilayah

Muhyiddin juga yakin bahawa setelah 64 tahun negara menikmati kebebasan dan kemerdekaan, amalan mengibar Jalur Gemilang sentiasa dibudayakan dalam kehidupan seharian tanpa rasa malu dan janggal.

Baca juga:   Muhyiddin lakukan lawatan rasmi pertama ke Asia Barat

“Saya berharap agar seluruh rakyat Malaysia, daripada penjawat awam di kementerian dan agensi, warga sektor swasta dan sesiapa juga akan menyahut seruan Kerajaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh penuh rasa bangga, tertib dan rasa hormat,” jelasnya.

Beliau berkata, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini masih mengekalkan tema yang sama seperti tahun lepas iaitu Malaysia Prihatin.

Muhyiddin berkata, ia adalah seiring dengan iltizam dan aspirasi berterusan kerajaan Perikatan Nasional dalam menyemai rasa cinta semua rakyat kepada negara, selain menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat ketika kita masih memerangi pandemik COVID-19 semenjak lebih setahun yang lalu.

“Saya sedar bahawa kita masih berada dalam tempoh yang agak mencabar susulan wabak COVID-19.

“Namun saya yakin bahawa saudara dan saudari mempunyai semangat cintakan negara yang tinggi, dan dapat mengambil iktibar dan aspirasi daripada kepentingan meraikan bulan bersejarah ini yang menyaksikan negara kita mencapai kemerdekaan.

“Kita telah dilahirkan di tanah air ini dan menjadi sebahagian warganegara yang bersumpah setia untuk mempertahankannya sehingga akhir hayat kita,” katanya. – EDISI 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

BKP secara one-off mula dibayar esok – PM

BANTUAN Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off bermula esok bagi membantu individu yang terkesan akibat Covid-19. Perdana...

Lagi Artikel Berkaitan