34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Penyelidikan akademia UPSI bersama universiti terkemuka dunia

Mesti Baca

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berbangga dengan pencapaian beberapa akademia universiti berkenaan yang berjaya menjalinkan hubungan strategik dan penyelidikan bersama universiti terkemuka dunia.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, beliau terharu dengan kejayaan akademia UPSI yang meneroka dan membina jalinan penyelidikan sekali gus menaikkan nama universiti.

“Pencapaian ini membanggakan dan kita berharap lebih ramai lagi akademia UPSI menjejaki mereka yang sudah berjaya membina jalinan penyelidikan itu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa membuka ruang kepada universiti sama ada di dalam dan luar negara di samping agensi-agensi korporat yang ingin mengadakan kerjasama dengan UPSI.

akademia UPSI
SURIANI ABU BAKAR

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI, Prof Ts Dr Suriani Abu Bakar menyifatkan kejayaan akademia berkolaborasi dengan universiti luar negara yang menduduki penarafan yang baik di dunia menaikan nama UPSI.

“UPSI sentiasa menggalakan akademia mengembangkan kepakaran mereka bukan sahaja di dalam, malah di luar negara supaya mereka dapat menimba pengalaman yang berguna untuk menaikkan ranking universiti sendiri,” katanya.

Kejayaan itu, katanya, umpama hadiah kepada UPSI yang akan menyambut ulang tahun ke-100 penubuhan tahun depan.

UPSI
AZMI MOHAMED

Prof Madya Dr Azmi Mohamed yang juga Pengarah Bahagian Perancangan Korporat (BPK) berjaya menjalankan penyelidikan dengan Massachusetts Institute of Technology yang menduduki tempat pertama dalam ‘QS World University Rankings’.

Prof Madya Dr Bahbibi Rahmatullah pula menjalankan penyelidikan dengan University of Oxford (tempat kelima), Prof Dr Ong Eng Tek di University of Cambridge (tempat ketujuh).

Prof Madya Dr Rosmillah Misnan yang menjawat jawatan Pengarah Pejabat Karang Mengarang @Penerbit UPSI pula bersama dengan Imperial College London yang menduduki tempat kelapan.

Suriani, Amreet Kaur Jageer Singh dan Prof Madya Dr Raja Nor Safinas Harun iaitu Pengarah Institut Pengajian Siswazah meraih kejayaan menjalankan penyelidikan bersama Nanyang Technological University, Singapore yang menduduki tempat ke-13.

Akademia UPSI

Dr Omar Abdul Kareem menjayakan penyelidikan bersama Yale University yang menduduki tempat ke-17 manakala Dr. Abdullah Hussein Abdullah Al-Amoodi dan Dr. Hasrul Hosshan berjaya menjalankan penyelidikan dengan The University of Sydney yang memiliki tempat ke-40.

Dr Wang Shir Li pula mencapai kejayaan menjalankan penyelidikan dengan UNSW Australia yang berada pada kedudukan ke-44 ‘QS World University Rankings’ seterusnya Prof Madya Dr Mohamed Nor Azhari Azman yang aktif dalam penulisan artikel jurnal menjalankan penyelidikan dengan universiti yang menduduki tempat ke- 48 iaitu City University of Hong Kong. – EDISI 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan