25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Bekas MB Perak dilantik penasihat PM bertaraf menteri

Mesti Baca

CYBERJAYA – Bekas Menteri Besar (MB) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri Bertaraf Menteri, kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan itu berkata, Ahli Parlimen Tambun itu bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosio-ekonomi.

“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atas pelantikan ini,” kenyataan itu hari ini.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu dilantik sebagai Menteri Besar Perak ketika Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018 sebelum meletakkan jawatannya pada 10 Mac 2020 selepas Bersatu keluar daripada PH.

Bagaimanapun beliau yang juga ADUN Pengkalan Baru dilantik semula sebagai Menteri Besar ketika Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan baharu di Perak sebelum jawatannya terlucut ekoran undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 4 Disember 2020. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan