31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Lembah Klang rekod 99.6% populasi dewasa terima dos pertama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lembah Klang telah merekodkan 99.6 peratus pencapaian bagi populasi dewasa menerima dos pertama atau (72.9 peratus) jumlah populasi berdasarkan Jumlah Kumulatif Pemberian Dos Vaksin, setakat semalam. 

Ia membabitkan sejumlah 6,140,740 individu menerima suntikan dos pertama di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. 

Sementara, seramai 2,940,203 individu menerima suntikan dos kedua melibatkan sejumlah 47.7 peratus populasi dewasa atau (34.9 peratus) jumlah populasi. 

Semalam sahaja, sebanyak 447,035 dos vaksin COVID-19 lagi telah diberikan, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini mencecah 23,608,290 dos.

Maklumat itu dikongsikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi ciapan Twitter di sini. 

Beliau berkata, daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 187,756 adalah dos pertama manakala 259,279 individu menerima dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka.

Daripada laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, seramai 8,258,110 individu atau 35.3 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Baca juga:   TEMCO di Aman Jaya, Sungai Petani esok - Ismail Sabri

Manakala, seramai 15,350,180 individu atau 65.6 peratus telah menerima dos pertama. 

Dalam pada itu, berdasarkan laporan pemberian dos vaksin harian, Selangor terus mencatatkan jumlah pemberian vaksin harian tertinggi kepada penerima dengan sebanyak 26,616 bagi dos pertama manakala 81,688 dos kedua.

Diikuti,Kuala Lumpur dengan 7,715 bagi dos pertama manakala 49,029 dos kedua. – Edisi 9 

Baca juga:   3 individu guna nama TMJ tukar mata wang RM20.91 trilion diburu

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan