27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

COVID-19: Wanita warga Singapura ditemukan mati

Mesti Baca

JOHOR BHARU – Seorang wanita warga Singapura, Tan Ah Csee, 80, ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah, di Muar dan disahkan dijangkiti COVID -19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kejadian tersebut disedari oleh jirannya, apabila mangsa tidak menyahut panggilan, lalu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat berhampiran, tetapi tidak berani untuk memasuki rumah berkenaan.

Memetik laporan BERNAMA, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, PBK II, Noralfatah Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 10.46 pagi, dan terus bergegas ke tempat kejadian, di Lorong Serkam, Jalan Bakri, dekat sini.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati seorang wanita warga emas, terperangkap di dalam rumah yang terkunci.

“Anggota bertugas mengambil masa selama lima minit untuk membukanya, dan mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis, untuk tindakan lanjut.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan