32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Orang ramai tak digalak ambil ujian antibodi vaksin COVID-19

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak menjalankan ujian antibodi untuk vaksin COVID-19 kerana masih belum ada garis panduan klinikal yang dikeluarkan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bakal mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.

Menurut beliau, ujian itu tidak digalakkan, sebagaimana garis panduan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), Amerika Syarikat serta negara-negara lain.

“Oleh itu orang ramai dinasihatkan agar tidak menjalankan ujian antibodi tersebut,” demikian kepada media, selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Persada PLUS, hari ini.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menambah, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), kini sedang menjalankan kajian terhadap kesan pengambilan vaksin COVID -19 ke atas sistem imunisasi dan hasil kajian itu akan diumumkan kelak.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, setakat 1 Ogos, sebanyak 98 peratus daripada penduduk dewasa di Lembah Klang, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID -19.

“Ia adalah satu kejayaan operasi tersebut. Justeru tumpuan akan diberikan kepada negeri yang menunjukkan peningkatan harian kes virus berkenaan,” ujarnya,

Khairy berkata, disebabkan bekalan yang masih terhad, pemberian vaksin secara optimum sukar untuk melepasi 400,000 hingga 500,000 dos sehari.

“Namun, Malaysia kini mendahului senarai vaksinasi harian per kapita di seluruh dunia,” jelasnya.

Beliau menambah, bukan semua vaksin yang dibeli telah sampai dan ada yang tiba secara mingguan.

Khairy turut memaklumkan beliau akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar esok, untuk memberikan taklimat kepada kerajaan negeri itu tentang perancangan pengawalan kes jangkitan melalui pelbagai strategi vaksinasi.

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan