24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

SOP bagi individu lengkap 2 dos diumum selepas Aidiladha – TPM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 selepas Hari Raya Aidiladha.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu sedang diteliti jawatankuasa teknikal bagi memastikan jenis kelonggaran yang akan dibenarkan kepada golongan itu.

“Kita juga sedang mengkaji sektor perniagaan mana yang boleh dilonggarkan. Perkara ini kita sedang teliti,” katanya seperti dilapor Bernama hari ini.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menilai semula kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Perdana Menteri berkata, ia termasuk dari segi pergerakan rakyat dan beberapa aktiviti sosial lain.

Jelasnya, penilaian itu sebagai petanda bahawa kehidupan rakyat secara beransur kembali normal sementara kerajaan menguruskan pandemik Covid-19.

Advertisements

Susulan itu, Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan isu itu akan menjadi salah satu perkara yang akan dimuktamadkan oleh Majlis Pemulihan Negara (MPN) dalam masa terdekat.

Sementara itu Ismail Sabri ketika ditanya mereka yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan, beliau berkata, perkara itu akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan.

Mengenai cadangan menaikkan kompaun kepada kilang yang melanggar SOP pula, Ismail Sabri berkata, kadar itu tertakluk kepada pindaan Ordinan Darurat. 

Beliau berkata, di bawah Ordinan Darurat, kerajaan sebelum ini telah menaikkan kompaun RM1,000 di bawah Akta 342 kepada RM50,000. 

“Darurat akan tamat pada 1 Ogos ini dan kita (kompaun) akan kembali kepada RM1,000,” katanya. 

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan melancarkan program ‘Mindef Prihatin’ bagi membantu meringankan beban anggota dan veteran tentera yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan