25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Perluas ruang fiskal negara sokong ekonomi dan rakyat

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan bersedia untuk memperluaskan ruang fiskal negara sekiranya perlu untuk menyokong ekonomi dan rakyat.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah itu berikutan unjuran defisit fiskal yang dijangka meningkat antara 6.5 hingga tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.

Menurut beliau, unjuran itu meningkat berbanding enam peratus yang disasarkan sebelum ini selepas mengambil kira pakej rangsangan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

“Kami mengalami defisit yang akan mencecah tujuh peratus.Ini bukan mengenai ukuran defisit, ia lebih kepada kemampuan untuk meminjam dan saiz rizab.

“Walaupun Malaysia diberi penarafan A, dari segi rizab fiskal, kami adalah lebih kecil berbanding negara-negara dengan penarafan A yang lain.

“Satu-satunya perbezaan adalah kami mempunyai prospek pertumbuhan yang kukuh,” katanya seperti dipetik daripada wawancara ekslusif bersama South China Morning Post.

Tengku Zafrul memberitahu, Malaysia pernah mencatatkan kadar defisit tertinggi pada 2008 dan 2009 iaitu antara 6.7 hingga 6.9 peratus.

Beliau memberitahu, apa yang paling penting adalah sama ada negara memberi sokongan mencukupi kepada rakyat.

Advertisements

“Saya merasakan bantuan yang diberikan kerajaan, apabila dilihat pada kekangan fiskal yang kami ada, sudah memadai.

“Anda juga mesti lihat pada nisbah liputan bayaran khidmat hutang kami dan juga pada kecairan atau mudah tunai institusi domestik hari ini,” jelasnya.

Berhubung kempen bendera putih, Tengku Zafrul percaya ia tidak menggambarkan bahawa pakej rangsangan yang dilaksanakan kerajaan tidak berjalan lancar.

Menurut beliau, masalah tersebut telah diatasi dengan memastikan wakil rakyat diberi peruntukan untuk menyalurkan bantuan di kawasan masing-masing.

“Malah, kerajaan telah melancarkan program bakul makanan dan melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan pembangkang.

“Keadaan sekarang amat mencabar dan mesti ingat bahawa ada segelintir anggota masyarakat kami terutamanya golongan rentan yang masih memerlukan bantuan,” ujarnya.

Tengku Zafrul memberitahu, kerajaan turut menyalurkan suntikan fiskal langsung berjumlah RM10 bilion di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan menyediakan bantuan menyeluruh kepada rakyat.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan