24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Inisiatif walk-in hanya untuk yang belum dapat tarikh vaksin

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memaklumkan bahawa inisiatif vaksinasi jumpa terus atau walk-in adalah untuk golongan yang tercicir dan belum mendapat janji temu selepas 1 Ogos ini.

Menurut CITF, inisiatif berkenaan bukan untuk orang ramai yang sudah pun diberikan janji temu masing-masing.

CITF berkata, contoh golongan yang belum mendapat janji temu adalah mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan, seperti yang diterangkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin pada 16 Julai lalu.

“Individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat.

“Individu yang masih belum mendaftar, tetapi tiada kekangan untuk berbuat demikian, juga digalakkan untuk mendaftar untuk vaksinasi secepat mungkin,” kata CITF dalam kenyataan media, hari ini.

Advertisements

CITF turut memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan beroperasi untuk tujuan jumpa terus pada Ogos nanti akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak.

Tambah CITF, PPV yang sedia ada sekarang tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif jumpa terus.

Dalam pada itu, CITF ingin menyeru agar mereka yang telah menerima janji temu vaksin untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV yang telah diberikan.

“Ini mengambil kira kehadiran varian baharu yang lebih ganas, kes COVID-19 yang tinggi dan keperluan untuk mendapat perlindungan melalui vaksin secepat mungkin,” jelas CITF. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan