34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Madrasah Tahfiz Al-Fitrah bantu agih sumbangan makanan

Mesti Baca

PASIR MAS – Sebanyak 220 keluarga menerima bahan makanan sumbangan seorang hamba Allah yang diagihkan oleh Madrasah Tahfiz Al-Fitrah di sini, baru-baru ini.

Pengerusi Eksekutif Madrasah Tahfiz Al-Fitrah, Muhamad Rozi Musthafa berkata, antara bahan makanan yang diagihkan adalah beras, gula, kicap, bihun, teh dan sardin dalam tin.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada syarikat berkenaan kerana sudi menaja bahan makanan tersebut dan memberi amanah kepada kami untuk menyampaikannya,” katanya kepada Edisi 9.

madrasah tahfiz
MUHAMAD ROZI MUSTHAFA

Madrasah Tahfiz dan Surau Al-Fitrah di Kampung Jintan Chetok di sini ditubuhkan pada 2014 dan dirasmikan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam.

Pengajian di pusat tahfiz berkenaan diberikan cara percuma kepada kira-kira 80 pelajarnya.

Advertisements

Penubuhan pusat tahfiz itu bertujuan untuk menjadi pusat tarbiyyah generasi huffaz yang dapat menghayati dan memperjuangkan tuntutan al-Quran dalam kehidupan ummah.

Orang ramai yang ingin menyampaikan sumbangan untuk Madrasah Tahfiz Al-Fitrah dan program-program kemasyarakatan kendaliannya boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke akaun Affin Bank 105300018574.

Muhamad Rozi memberitahu, pihak madrasah akan menganjurkan ibadah qurban sempena Hari Raya Aidiladha dalam masa terdekat.

“Umat Islam yang ingin menyertai ibadah qurban dengan nilai satu bahagian RM680 boleh menghubungi saya di talian 019-2554290,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan