29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 20, 2021

UMNO minta Ahli Parlimen keluar PN sebelum 1 Ogos?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Hari ini berlegar desas-desus mendakwa UMNO memanggil semua Ahli Parlimen dari parti itu bagi mendapatkan kepastian berhubung kesediaan untuk meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum 1 Ogos ini.

Dakwaan itu dibangkitkan dalam laporan Utusan Malaysia hari ini bahawa Ahli-ahli Parlimen dari parti itu dipanggil secara berperingkat oleh pucuk pimpinan UMNO.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui masa dan lokasi perjumpaan secara berperingkat itu diadakan.

Seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia, sumber parti yang dikatakan layak dipercayai cuma menyatakan lebih 10 Ahli Parlimen yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah dipanggil untuk bertemu pucuk pimpinan.

Setakat ini, identiti dan pendirian mereka dalam isu tersebut masih belum diketahui.

Pucuk pimpinan UMNO juga belum memberi sebarang ulasan atau maklum balas terhadap dakwaan yang dibangkitkan dalam laporan Utusan Digital itu.

Edisi 9 juga telah menghubungi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk mendapatkan pengesahan tetapi belum menerima sebarang maklum balas.

Baca juga:   Tahniah BN tidak pilih anak Najib calon PRK Chini

Pemimpin-pemimpin UMNO dilihat bercanggah pendapat dalam isu sokongan terhadap kerajaan PN.

Sebahagian daripada mereka khususnya yang mempunyai jawatan dalam Kabinet hanya bersedia untuk berbuat demikian selepas Parlimen dibubarkan.

Sekumpulan yang lain pula mahu sokongan terhadap kerajaan PN ditarik segera dan pada masa yang sama, menolak kerjasama politik dengan DAP dan PKR.

Situasi itu menyebabkan sebahagian besar pemimpin dan ahli UMNO dalam situasi ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’.

Baca juga:   Kasari pengadil: Fadzrul Danel digantung 4 perlawanan

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada 28 Mac lalu, semua perwakilan sebulat suara bersetuju agar parti itu menarik diri daripada kerajaan PN,

Mereka menyatakan persetujuan apabila ditanya oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa beliau menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden.

Ahmad Zahid dalam ucapannya turut memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang menganggotai Kabinet kerajaan PN bahawa pelantikan mereka diputuskan oleh parti.

Beliau juga mencabar menteri-menteri Kabinet dari UMNO untuk meletakkan jawatan seiring dengan keputusan sebulat suara yang dicapai agar parti menarik diri dari kerajaan PN.

Sebelum itu, dalam ucapan dasarnya, Ahmad Zahid memberitahu, penolakan akar umbi telah pun diterjemahkan melalui usul yang diluluskan dalam 124 persidangan perwakilan UMNO bahagian.

Malah, katanya, sebanyak 147 daripada 191 ketua UMNO bahagian turut bersetuju menolak kerjasama tersebut. – EDISI 9

Baca juga:   Perwakilan setuju UMNO keluar dari kerajaan PN

Terkini

PPV IPT Mega USIM tamat operasi dengan cemerlang

NILAI -  Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT Mega Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengakhiri operasinya semalam, dengan merekodkan jumlah...

Lagi Artikel Berkaitan