25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kadar kemasukan ke hospital dijangka menurun mulai Ogos – KJ

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kes COVID-19 serta kadar kemasukan ke hospital dijangka menurun bulan depan apabila 40 peratus populasi penduduk dewasa di negara ini lengkap divaksinasi, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, penggunaan vaksin mampu mencegah kesan teruk apabila dijangkiti COVID-19 dan kadar kemasukan ke hospital untuk warga emas juga telah menunjukkan trend penurunan.

Berdasarkan data dari Hospital Sungai Buloh, katanya, kadar kemasukan ke hospital untuk warga emas bagi kategori 4 dan 5, menunjukkan trend penurunan selaras pelaksanaan Fasa 2 PICK.

“Vaksin COVID-19 sememangnya alat perlindungan penting kepada manusia dalam berdepan virus SARS-CoV-2,” katanya dalam temu bual bersama media secara maya baru-baru ini seperti dilapor Bernama.

Khairy berkata, keraguan terhadap keberkesanan vaksin COVID-18 di negara ini dilihat semakin menurun, setelah ramai yang mendaftar untuk menerima suntikan.

“Mungkin ada yang tidak mahu menerima vaksin sebab ingin ambil ubat yang lain-lain, tetapi apabila diumumkan apa yang dibenarkan sekiranya lengkap vaksinasi, lebih ramai akan tampil untuk divaksinasi,” katanya.

Mengenai keperluan untuk suntikan ketiga vaksin (booster) di negara ini, beliau berkata, perkara tersebut akan dikemas kini dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada minggu hadapan.

Katanya, beliau difahamkan technical working group yang dipengerusikan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut Kesihatan Negara (NIH) Dr M.P. Kalaiarasu akan buat beberapa syor berkenaan booster shot.

Dalam pada itu, Khairy berkat, pihaknya telah meminta Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) memeriksa aspek pengudaraan di semua pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara bagi mengelak berlakunya penularan wabak COVID-19 di PPV.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan