29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

17,045 kes baharu, jumlah terkumpul lepasi 1 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 kini melepasi angka 1 juta, dengan pertambahan kes baharu harian COVID-19 hari ini, dengan 17,045 kes dilaporkan.

Jumlah kes baharu harian tersebut, sekali lagi memecah rekod paling tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu dengan melepasi angka 17,000.

Semalam sahaja, sebanyak 15,902 kes baharu harian COVID-19 dilaporkan.

Dengan pertambahan kes baharu harian tersebut menjadikan jumlah kes positif COVID-19 kini mencecah 1,013,438 kes.

Pesakit sedang dirawat dan diasingkan juga terus meningkat setiap hari dan mencecah 160,903 kes termasuk 970 kes positif dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 501 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, sebanyak 92 lagi kematian COVID -19 dilaporkan hari ini, dengan dua daripadanya warga asing, menjadikan jumlah kes kematian terkini menghampiri 8,000 iaitu sebanyak 7,994 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan pecahan kes di Selangor, sebanyak 4,884 kes (57.46 peratus) adalah daripada saringan kontak rapat manakala, 3,440 kes (40.47 peratus) daripada lain-lain saringan.

Menurutnya, sebanyak 175 kes (2.06 peratus) pula daripada saringan kluster dan satu kes (0.01 peratus) merupakan kes import A (penularan dari luar negara).

“Di Selangor, didapati 72 peratus kes positif COVID-19 yang dilaporkan telah menjalani ujian pengesahan COVID-19 sama ada di klinik atau makmal swasta.

“Senario yang sama juga dapat dilihat di beberapa negeri lain. Ini menunjukkan tahap kesedaran telah meningkat untuk tampil mendapatkan ujian COVID -19 terutama jika bergejala,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Beliau berkata, daripada jumlah kes harian pula, sebanyak 187 kes (1.1 peratus) adalah daripada kategori lima (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan) dan 124 kes (0.7 peratus) kategori empat (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen).

“Sebanyak 122 kes (0.7 peratus) pula kategori tiga (radang paru-paru), 7,489 kes (43.9 peratus) kategori dua (bergejala ringan) dan 9,123 kes (53.5 peratus) kategori satu (tidak bergejala), iaitu semasa kes-kes ini baharu didiagnosis.

Advertisements

“Keseluruhannya, 2.5 peratus kes yang dilaporkan hari ini (semalam) berada pada kategori tiga, empat dan lima semasa baru didiagnosis.

“Dengan keadaan itu, telah membabitkan jumlah kes sebanyak 433 kes dan perlu ditempatkan di hospital merawat COVID-19 yang semakin penuh dan sesak,” katanya.

Justeru katanya, masyarakat diseru untuk terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), elakkan perhimpunan terutama di tempat yang sempit dan kurang pengudaraan serta segera dapatkan janji temu vaksin COVID -19 agar dilindungi bahaya.

Terdahulu dalam perkongsian di Twitter, Dr Noor Hisham memaklumkan, Selangor terus merekodkan peningkatan kes baharu iaitu sebanyak 8,500 kes dilaporkan berbanding 7,351 kes sehari sebelum ini.

“Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,045 kes dan Kedah sebanyak 1,216 kes.

“Kes harian baharu COVID-19 turut meningkat di beberapa negeri iaitu Johor dengan 950 kes, Sabah (818 kes), Perak (609 kes), Pulau Pinang (573 kes) dan Perlis (10 kes).

“Lain-lain, Pahang (424 kes), Sarawak (407 kes), Terengganu (273 kes).

“Bagaimanapun, tiga negeri dan dua wilayah persekutuan merekodkan penurunan kes baharu harian COVID-19 hari ini, iaitu Negeri Sembilan dengan 513 kes, Melaka (370 kes), Kelantan (266 kes), Putrajaya (50 kes) dan Labuan (21 kes) ,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 34 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 18 kluster tempat kerja, 15 kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

“Kluster tersebut ialah Kluster Tapak Bina Jalan Meranti (121 kes), Kluster Padang Kubu (103 kes), Kluster Tapak Bina Kampung Sedeng (96 kes), Kluster Lengkok Rishah Dua (62 kes), Kluster Bagan Sabak (59 kes), Kluster Industri Jalan Bebas Lapan (48 kes), Kluster Gipan Kolombong (40 kes), Kluster Industri Mahkota Satu (40 kes), Kluster Persiaran Desa Tebrau (37 kes) dan Kluster Tapak Bina Kluang Perdana (33 kes).

“Seterusnya, Kluster Industri Taman Gunung Mas (31 kes), Kluster Tinabau (26 kes), Kluster Jalan Besar Sabak Bernam (20 kes), Kluster Jalan Gambir Lima (16 kes), Kluster Dah Kedundung Industri Alor Setar (15 kes), Kluster Dah Pinang Industri Alor Setar (12 kes), Kluster PLO Jalan Timah (11 kes), Kluster PLO Jalan Tengar (lapan kes), Kluster Taman Hock Ann (185 kes) dan Kluster Dah Bukit (139 kes).

“Lain- lain ialah Kluster Jalan Tungku (35 kes), Kluster Batu Enam Penjom (25 kes), Kluster Kampung Kemahang Labok (18 kes), Kluster Alor Bakong (18 kes), Kluster Kampung Budi Tawang (17 kes), Kluster Padang Tembak Intan (15 kes) dan Kluster Tok Khalifah (14 kes).
“Selebihnya, Kluster Kampung Bukit Tok Ali (14 kes), Kluster B5,” katanya – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan