24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 19, 2021

29 premis termasuk kilang langgar SOP diarah tutup

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sebanyak 29 premis termasuk kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhan, Pasukan Petugas Operasi Pematuhan melaksanakan 85,948 pemeriksaan COVID-19 termasuk secara mengejut di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 21,338 orang.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 2,239 kilang, 16,666 premis perniagaan, 641 tapak pembinaan dan 11,369 premis perniagaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, seperti yang diumumkan sebelum ini, kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri memberitahu, Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 85,948 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan menambah, semalam,seramai 635 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, seramai 590 individu dikompaun manakala 45 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan adalah gagal merekod butiran diri/ daftar masuk premis (87), bawa penumpang berlebihan (76), tiada penjarakan fizikal (74), tidak memakai pelitup muka (68), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (51) dan lain-lain (279),” jelasnya.

Baca juga:   Penjara Tapah, kuarters bawah PKPD mulai 16 Februari
Baca juga:   MOVAC tumpu 5 negeri vaksinasi masih rendah

Ismail Sabri berkata, dalam Op Benteng semalam, pasukan keselamatan telah menangkap lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas tujuh kenderaan darat.

Sementara itu, beliau mengumumkan pelaksanaan PKP Diperketatkan (PKPD) di 10 kawasan di seluruh negara mulai 9 hingga 22 Julai ini.

Langkah itu melibatkan lapan mukim dalam daerah Seremban iaitu Mukim Ampangan, Mukim Labu, Mukim Lenggeng, Mukim Pantai, Mukim Rantau, Mukim Rasah, Mukim Seremban dan Mukim Setul.

Di Sabah, kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kampung Balibata, Beaufort; Kampung Pintasan, Kota Belud; Kampung Istimewa di Batu Sapi, Sandakan; Kampung Sungai Imam, Tawau; Kampung Lebising dan Kampung Dumpil di Putatan serta Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu.

Selain itu, PKPD turut dikuatkuasakan di Kuarters Pekerja Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan, Pahang; serta tujuh lokaliti dalam Kawasan Perindustrian Senai, Johor.

Tujuh lokaliti terbabit adalah Kawasan Perindustrian Indahpura serta Kawasan Industri Senai Fasa 1, Kawasan Industri Senai Fasa 2, Kawasan Industri Senai Fasa 3, Kawasan Industri Senai Fasa 4, Taman Perindustrian Senai, Taman Perindustrian Murni Senai dan Senai Airport City (SAC).

Di Kelantan, PKPD dilaksanakan di Taman Kurnia Jaya dan Taman Pinggiran Golf di Kota Bharu.

Dalam pada itu, kawasan-kawasan yang ditamatkan PKPD esok adalah Kampung Tahak, Membakut, Beaufort, Sabah; Kampung Pulau Tukang Dollah, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan; Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud, Sabah dan Kampung Kukut, Beaufort, Sabah. – EDISI 9

Baca juga:   Pejabat PM nafi keluar kenyataan media PKP dalam BI
Baca juga:   Kerajaan baharu dicadang hadkan kementerian, tumpu pandemik

Terkini

Persatuan veteran komando terima sumbangan van jenazah

SUNGAI PETANI - Hasrat Persatuan Veteran Komando Markas 6 Briged, Kem Sungai Layar, di sini untuk memiliki van jenazah...

Lagi Artikel Berkaitan