31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Tawaran pengurangan saman trafik sehingga 50% mulai esok

Mesti Baca

CYBERJAYA – Berita baik untuk pengguna jalan raya apabila mereka bakal menikmati tawaran pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus bermula esok hingga 18 Julai ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Azisman Alias berkata, tawaran itu melibatkan semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman dalam kategori senarai hitam.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun ini, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.

“Bagi mengelak penularan jangkitan pandemik Covid-19 semua kaunter pembayaran saman di seluruh Ibu Pejabat Polis daerah dan kontinjen akan ditutup semasa pengurangan saman ini diberikan,” katanya seperti dilapor FMT.

Sehubungan itu katanya, orang ramai perlu membuat bayaran secara dalam talian melalui aplikasi MyBayar Saman.

“Orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan atau muat turun aplikasi berkenaan di Google Playstore, Apple App Store dan Huawei Gallery,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   "Kami dah jumpa abah"

Wartawan

Terkini

Sokong pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura

PRESDIEN Singapura Halimah Yacob memaklumkan akan menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya...

Lagi Artikel Berkaitan