25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pemandu Volkswagen mabuk lawan arus mengaku tidak bersalah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang memandu secara melawan arus kerana berada di bawah pengaruh alkohol sehingga terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Connaught menghala ke Kajang pada 14 Januari lalu, didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pemandu kereta Volkswagen itu didakwa mengikut Seksyen 44 (1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kecederaan.

Menurutnya, hasil pertuduhan, pemandu Volkswagen berusia 39 tahun itu tidak mengaku bersalah dan dijamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

“Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu mengakibatkan pemandu Perodua berusia 30 tahun mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Pemandu Volkswagen terbabit didapati memandu secara melawan arus dari arah bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata, pemandu Volkswagen terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan berkenaan.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan