31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

3,254 kes sembuh dilaporkan; jumlah kluster menurun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 3,254 kes sembuh dilaporkan pada hari ini dengan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh terkumpul setakat ini adalah 2,747,457 kes iaitu 97.4 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara juga terus mencatatkan penurunan jumlah kluster COVID-19 apabila merekodkan 17 kluster baharu berbanding semalam, 20 kluster.

“Ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,272 kluster.

“Sebanyak 214 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan pertambahan berbanding semalam, 201 kluster.

“Jumlah kluster tamat sebanyak 6,058 kluster berbanding semalam, 6,054 kluster,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 3,764 kes baharu telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

“Pertambahan kes baharu yang dilaporkan itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif terkini jangkitan COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 2,820,927.

“Selain itu, 13 kes kematian turut dicatatkan setakat Rabu dengan tiga kes membabitkan brought-in-dead (BID) direkodkan dalam tempoh tersebut.

“Manakala jumlah kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 75 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,”katanya. Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan