32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 24, 2021

Raja Melayu sokong Parlimen bersidang, tak perlu lanjut Darurat

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

RAJA-RAJA Melayu berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, cabang legislatif dan cabang kehakiman untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat terutama dalam hal-ehwal kewangan dan perbelanjaan negara. 

Dalam semangat tersebut Raja-raja Melayu menyokong dan senada dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang. 

Perkara itu dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan harı ini selepas Al-Sultan Abdullah mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara

Kata beliau, di peringkat negeri, raja-raja pemerintah turut berpendirian agar Dewan-dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat mungkin.

“Kaedah dan prosedur persidangan seperti yang sedang diamalkan di beberapa buah negara yang terbukti dapat mengawal rangkaian jangkitan virus Covid- 19, wajarlah diperkenalkan dan diterima pakai di negara ini,” katanya.

Menurut Syed Danial, dalam perjumpaan tersebut, Raja-Raja Melayu telah mencambahkan pandangan dan menzahirkan pendapat secara terbuka dan berterus terang dalam semangat saling menghormati, agar dapat dijadikan bahan panduan dan rujukan, membantu Yang di-Pertuan Agong membuat ketetapan secara bijaksana pada setiap masa melindungi kemuliaan dan kedaulatan takhta pemerintahan, kekal berkecuali dan bebas daripada dilihat (perceivedj atau ditafsirkan berpihak kepada mana-mana individu atau kumpulan politik.

Baca juga:   Parlimen tidak bersidang semula 8 Mac 2021
Baca juga:   PM bentang RMK-12 pada 27 September ini

Sehubungan itu kata beliau, Raja-Raja Pemerintah mengambil maklum perkara-perkara berikut:

  • Negara sedang menghadapi wabak Covid-19 dengan angka jangkitan harian yang besar meskipun telah berada dalam pemerintahan darurat.
  • Keadaan ekonomi dan kewangan negara yang membimbangkan.
  • Suasana politik negara yang tidak stabil.
  • Perpaduan rakyat yang semakin retak.
  • Kesusahan yang sangat dihadapi oleh rakyat yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.
  • Suasana pekerjaan, suasana hidup dan suasana pembelajaran di sekolah dan pusat-pusat pengajian yang terjejas dan menimbulkan pelbagai kerumitan.
  • Umat Islam yang tidak dapat melakukan program-program ibadah di masjid dan surau terutama untuk menunaikan Solat Jumaat; demikian juga penganut-penganut agama lain yang turut terhalang daripada berpeluang melakukan urusan agama masing-masing.

Oleh itu kata Syed Danial, Raja-Raja Pemerintah sependapat dalam perkara-perkara berikut:

  • Nyawa dan kehidupan rakyat wajib diutamakan mengatasi perkara- perkara lain.
  • Program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi agar mencapai matlamat imuniti kelompok 80% secepat mungkin.
  • Program menangani wabak Covid-19, hendaklah difahami serta mendapat sokongan rakyat tanpa menimbulkan sebarang keraguan dan tanpa dianggap mempunyai sebarang muslihat politik yang terselindung.
  • Suhu politik yang semakin panas wajib diredakan.
  • Pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat.
  • Tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021.

Kata beliau, Raja-Raja Melayu menzahirkan penghargaan kepada Al-Sultan Abdullah atas sifat Seri Paduka mengamalkan budaya bermesyuarah, bersedia mendengar pandangan daripada institusi yang mewakili rakyat, dan mengadakan pertemuan untuk mendapatkan nasihat yang memerintah Sembilan buah negeri dengan daripada Raja-Raja Melayu kedaulatan masing-masing.

Baca juga:   PEMULIH kurangkan beban rakyat – Dewan Ulama Pas
Baca juga:   Penubuhan semula JASA bukan untuk tujuan politik

“Semangat tersebut adalah selaras dengan budaya syura yang sangat dianjurkan oleh Islam ketika ummah menghadapi sesuatu perkara besar yang memerlukan penyelesaian,” katanya. – Edisi 9 

Terkini

37,144 remaja di Johor sudah menerima vaksin

JOHOR BAHRU - Seramai 37,144 remaja sudah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan...

Lagi Artikel Berkaitan